1)aiya cik siti~(dari filem Ali Baba Bujang Lapok)
Datuk K:
Aiya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak susah sebab sudah tua
Uwang dan ringgit ana tak tak heran
Nanti kawin naik kuda tutup semua jalan
Siti:
Marilah Datuk, oi mari sayang
Ikutlah ana, Datuk jangan bimbang
Mata tak nampak, Siti tunjukkan jalan
Kaki melangkah, oi perlahan-lahan
Datuk K:
Atuk tak nak bimbang Atuk tak nak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Misai hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab
Siti:
Oh Datuk sayang, oi jangan susah
Habis kawin wang mas Siti upah
Marilah jalan, Datuk cepatlah cepat
Awas Tuk longkang oi kaki melompat
Datuk, jaga depan ada wartawan
Mana?
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat Atuk lompat
Haiyaaaaaa..........
2)FAKTA HAMPIR SAMA
1. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
2. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
3. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
4. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
5. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
6. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
3)MACAM2 CSITI:
Senario berbeza sekiranya CT berkawin dengan orang lain. Apakah nama anak perempuan mereka nanti?
1) kalau kawin dgn org Jepun, mereka akn namakan anaknya HONDA SITI
2) kalau Kawin dengan orang media, anaknya nanti bersama PUBLI SITI
3) Kalau kawin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE
4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI
5) Kalau kawin dgn professor, anknya nnti dinamakan UNIVER SITI
6) Kalau kawin dgn pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nnt ialah SITI TANJUNG PAHANG
7) Kalau kawin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nnt ialah SITI SITI MALAYSIA....
8) Kalau kawin dgn org TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI......
4)BIHUN VS MEE:
Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"
5)P MANA?
Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.